45 Pelajar program UMP-BJTU tajaan JPA berlepas ke China
Hits: 913
13 Februari 2023 | Aras 5, Terminal Pelepasan KLIA.
Para pelajar jurusan bidang kejuruteraan yang bakal menyumbang terhadap pembangunan industri rel negara ini merupakan pelajar perintis bagi program kerjasama ijazah dual yang akan melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di Beijing tersebut setelah mengikuti pengajian selama dua setengah tahun di UMP.
Sesi pengajian Semester 1 di China akan bermula pada bulan Februari pada setiap tahun.
Daripada 45 orang pelajar, seramai 10 orang pelajar akan mengikuti jurusan Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik manakala 20 pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan 15 pelajar jurusan kejuruteraan Awam di BJTU.
Hadir menyantuni pelajar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ts Dr Mohd Rusllim Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
Beliau hadir bertemu pelajar dan menyampaikan amanat kepada pelajar melalui taklimat sebelum berlepas.
Hadir sama Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif , Profesor Dr. Mahadzir Ishak @ Muhammad , Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Ekektronik, Profesor Madya Dr. Hamdan Daniyal, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Ir. Dr. Fadzil Mat Yahaya dan Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab.
Selain China, program ijazah dual UMP hasil kerjasama dengan universiti di Jerman sejak 12 tahun lalu bersama Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA) dalam kejuruteraan mekatronik, automotif dan elektrikal telah melahirkan graduan yang kompeten yang menyumbang kepada pembangunan negara.
Ini termasuklah program kejuruteraan perniagaan akan bersama dengan rakan baharu dari Mannheim University of Applied Sciences (HMA).
Credit : FB UMP Malaysia
Latest News
07 November 2024
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang