Previous Next

Mesyuarat Lembaga Pengajian Program Kerjasama Akademik Jerman Ke-14 Bil. 1/2023 dan Majlis Hi-Tea Alumni Ijazah Dual UMP-Jerman dan Industri Jerman

21 Februari 2023 | Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur.
 
Mesyuarat Lembaga Pengajian Program Kerjasama Akademik Jerman Ke-14 Bil. 1/2023 dan Majlis Hi-Tea Alumni Ijazah Dual UMP-Jerman dan Industri Jerman berlangsung hari ini.
Hadir dalam majlis Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, Naib Canselor UMP, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin, Pengerusi Erinco Sdn Bhd yang juga Ahli Lembaga Pengajian Jerman UMP, 3rd Secretary for Economic, Commercial and Environmental Affairs German Embassy Kuala Lumpur, Mr Mike Schamotzki dan Dekan dan Koordinator Program Antarabangsa Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA), Prof Dr -Ing Robert Weiss.
 
UMP memperkukuh hubungan baik menjangkau usia 13 tahun hasil jalinan kerjasama akademik antara UMP dan institusi pendidikan Jerman, UMP- Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA) bagi mengembangkan model pendidikan kejuruteraan Jerman (Fachhochschule) dalam sistem pendidikan teknikal negara.
 
Program ijazah dual dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik, Automotif dan Elektrikal ini melahirkan lebih ramai graduan yang kompeten yang menyumbang kepada pembangunan negara.
Ini termasuklah Program Kejuruteraan Perniagaan akan bersama dengan rakan baharu dari Mannheim University of Applied Sciences (HMA).
 
Sehingga kini seramai 260 pelajar UMP telah berjaya menamatkan program kerjasama (dual ijazah) membabitkan seramai 124 orang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dan seramai 81 orang telah mengikuti program dual ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif. Manakala seramai 55 orang pula berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan.
Turut hadir dalam program Alumni Ijazah Dual UMP-Jerman dan Industri Jerman.
 
 
Kredit : FB UMP Malaysia

Print   Email