Previous Next

Sesi Temuduga Pelajar Tahun 1 Program Kejuruteraan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bagi Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang (UMP) - Beijing Jiaotong University (BJTU)

15 Mei 2023 | AC Hotel Kuantan

SESI TEMUDUGA PELAJAR TAHUN 1 PROGRAM KEJURUTERAAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI PROGRAM IJAZAH DUAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) - BEIJING JIAOTONG UNIVERSITY (BJTU).

Sesi temuduga ini dijalankan untuk ambilan kali ketiga oleh pihak JPA untuk pelajar tahun 1 bagi program kejuruteraan di UMP. Pelajar yang melepasi syarat akan berpeluang untuk menyambung pengajian di BJTU selama dua tahun setengah di sana. Semua pelajar bidang kejuruteraan yang bakal menyumbang terhadap pembangunan industri rel negara adalah pelajar perintis bagi program kerjasama ijazah dual selepas mengikuti pengajian selama dua setengah tahun di UMP. Seramai 36 pelajar yang terpilih dari Program Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Awam.

 


Print   Email