Previous Next

Lawatan Kunjungan Hormat Delegasi Vacuumschmelze GmbH & Co. KG Ke Universiti Malaysia Pahang

12 MEI 2023 | UMP PEKAN
 
LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI VACUUMSCHMELZE GmbH & CO. KG KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
 
UMP terima kunjungan Delegasi Vaccumschmelze GmbH & Co. KG yang diketuai oleh Pengarah Pembangunan Produk, Dr. rer. nat. Jaochom Gerster, bersama Mr Harald Hundt, Encik Say Peng Yun dan Encik Mohd Arif Bin Zakaria.
 
Hadir menyambut delegasi Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik, Prof Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Bin Mat Rejab. Turut sama Timbalan Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik (Jaringan dan Hubungan Luar), Encik Mohamed Rafiee Bin Kamarudin.
 
Delegasi ini dibawa mengunjungi Makmal bagi kerjasama penyelidikan bidang magnetik dan robotik di Fakuti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang di kawal oleh Prof. Madya Ir. Dr. Addie Irawan Bin Hashim. Mereka juga dibawa mengunjungi Pusat Rekabentuk & Inovasi Teknologi (PRInT).
 
 

Print   Email