Previous Next

UMP Terima Kunjungan Delegasi BJTU

 
17 April 2023 | UMP Pekan
 
UMP terima kunjungan delegasi Beijing Jiatong University (BJTU) yang diketuai oleh Director College of International Education, Ms. Liu Yanqing bersama Professor, School of Civil Engineering, Mr. Jing Guoqing, Program Officer, College of International Education, Ms. Shi Taowei dan Program Officer, Office of International Affairs, Mr. Heng Fei.
 
Hadir menyambut delegasi Penolong Naib Canselor Bahagian Pembangunan TVET, Prof Dr Abdullah Ibrahim dan Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Bin Mat Rejab.
 
Turut sama Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif, Profesor Dr. Mahadzir Bin Ishak @ Muhammad dan Pengarah Pusat Hubungan Antarabangsa, Profesor Madya Dr. Mohd Azmir Bin Mohd Azhari.
 
Pertemuan ini memberi peluang kedua-dua pihak membincangkan program pertukaran pelajar, program latihan dan kerjasama akademik yang dapat dimanfaatkan kedua-dua pihak.
 
UMP kini memperluas program Ijazah dual ke China dan baru-baru ini seramai 46 pelajar berlepas ke Beijing Jiatong University (BJTU) China bagi mengikuti Program Ijazah Dual UMP-BJTU membabitkan bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrikal ini bakal menyumbang terhadap pembangunan industri rel negara.
 

Print   Email