Kunjungan delegasi dari Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti KPT (JPPKK)
Hits: 742
28 Februari 2023 |UMP Pekan
Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menerima kunjungan Delegasi daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti KPT dalam membuat penanda aras dalam pengurusan akademik.
Delegasi ini diketuai oleh Pengarah Kanan Akademik, Encik Mohd Noor Shahudin dan diiringi seramai 22 Pengarah dan Timbalan Pengarah daripada pihak JPPKK.
Ketibaan delegasi JPPKK di perkarangan UMP di sambut oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) , Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed yang juga menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
Turut serta Penolong Naib Canselor Bahagian Pembangunan TVET, Profesor Dr. Abdullah Ibrahim, Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab dan beberapa ketua jabatan UMP.
Kunjungan ini merupakan lawatan penanda aras dalam pengurusan akademik terutama dalam penawaran program pengajian diploma jangka masa pendek dan penawaran program pengajian ijazah dual iaitu program kolabarasi UMP bersama Karlsruhe University of Applied Sciences, Jerman (HKA).
Latest News
07 November 2024
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang