Mesyuarat Penyelarasan Majlis Menandatangani MoU antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan Yayasan Terengganu (YT) dan Lawatan Tapak Pengajaran Confucius Institute UMP di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT)
12 April 2023 | Yayasan Terengganu
Delegasi Universiti Malaysia Pahang telah menerima jemputan ke Yayasan Terengganu pada 12hb April 2023 yang lalu bagi sesi perbincangan mengenai Majlis Pelancaran Tapak Pengajaran Confucius Institute (CI) UMP di Terengganu dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan Yayasan Terengganu (YT) yang akan diadakan pada 8hb Mei 2023.
Tapak pengajaran Confucius Institute (CI) UMP sedang dibangunkan bagi menawarkan kursus Bahasa Mandarin kepada pelajar-pelajar dan melatih tenaga pengajar Bahasa Mandarin Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu. Menerusi MoU yang akan dimeterai nanti, UMP dan YT akan meneroka kerjasama dalam bidang akademik terutamanya penajaan pelajar program asasi dan program ijazah dual UMP-Universiti China (antaranya Beijing Jiaotong University dan Tianjin University).
Delegasi UMP terdiri daripada Pengarah Malaysia CI UMP, Yong Ying Mei dan Pengarah China CI UMP, Profesor Madya Dr. Wang Haiyan, Timbalan Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik, Mohamed Rafiee Kamarudin dan Pengurus Besar Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Hazmin Aris.
Mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Yayasan Terengganu yang dipengerusikan oleh Pengarahnya, YBhg. Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham antara lainnya telah mengambil keputusan tentang perkara-perkara penting mengenai cadangan pelaksanaan Majlis Menandatangani MoU yang melibatkan YAB Menteri Besar Terengganu, Duta Besar China ke Malaysia, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP dan kenamaan yang lain. Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai persediaan yang telah dibuat oleh pihak Yayasan Terengganu di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Marang yang akan dijadikan Tapak Pengajaran Confucius Institute (CI) UMP nanti.
Delegasi seterusnya dibawa melawat ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Marang tersebut dan juga kediaman tenaga pengajar CI UMP yang telah disediakan, mengadakan perbincangan ringkas bersama pengurusan tertinggi Imtiaz serta melihat sendiri kelas Bahasa Mandarin yang sedang dikendalikan bersama tenaga pengajar di UMP.
Latest News
Most View Articles
- Cooperation Agreement UMP-HsMA Manheim
- Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Program Joint/Dual/Double Degree Daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke Universiti Malaysia Pahang 09/12/2021
- MoU UMP - HTWG Konstanz
- Kunjungan Hormat Duta Besar Jerman, HE Dr Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang